Langkau ke kandungan
Little Skorlah Hub
Kembali ke katalog
  • Modul Penguasaan Modul Prasekolah (Set 3)
  • Terma Penggunaan

1 / 2

Modul Penguasaan Modul Prasekolah (Set 3)

Modul Pembelajaran PrasekolahTahun 1Tahun 2 Test Paper 19 terjual

Modul Penguasaan Modul Prasekolah (Set 3)

Modul penguasaan tahap pertengahan (Set 3) berpandukan Kurikulum Prasekolah 2026. Mengandungi 40 halaman PDF hitam putih dengan 36 latihan merangkumi 8 komponen pembelajaran, lengkap dengan rekod pencapaian murid dan skema jawapan.

RM 6.00 RM 10.00

Jimat RM 4.00

Termasuk bahan bonus

  • Bonus 1 : Modul berbentuk booklet

Lihat previu

Previu PDF 3–5 halaman. Fail penuh dihantar selepas pembayaran.

Buka dalam tab baharu

Jika previu tidak dipaparkan, buka PDF dalam tab baharu.

Kongsi bahan ini

  • Kurikulum: Malaysia
  • Format: PDF
  • Muat turun serta-merta selepas pembayaran

Penerangan

📚 MODUL PENGUASAAN MURID PRASEKOLAH – SET 3

Bonus : Modul dalam bentuk booklet

Tahap Pertengahan | Kurikulum Prasekolah 2026

🌈 Tingkatkan Penguasaan, Bina Keyakinan!

Sudah menguasai Set 1 dan Set 2? Jom melangkah ke tahap seterusnya dengan latihan yang lebih menyeluruh dan mencabar!

Modul Penguasaan Murid Prasekolah (Set 3) merupakan kesinambungan daripada Set 1 dan Set 2 yang direka khas untuk mengukuhkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman murid prasekolah pada tahap pertengahan.

Modul ini disediakan berpandukan Dokumen Kurikulum Prasekolah (DKP) Kurikulum Prasekolah 2026 dan sesuai digunakan sebagai bahan latihan, pengukuhan, ulang kaji serta pentaksiran tidak formal di sekolah atau di rumah.

🌟 KEISTIMEWAAN MODUL

  • 40 halaman PDF bersaiz A4.

  • 36 latihan dengan keseluruhan 189 markah.

  • Merangkumi 8 komponen pembelajaran.

  • Aktiviti tahap pertengahan yang lebih mencabar.

  • Ilustrasi menarik dan mesra kanak-kanak.

  • Pelbagai bentuk latihan seperti mewarna, memadankan, menulis, menanda, melukis dan menyurih.

  • Kod Standard Pembelajaran disertakan.

  • Panduan penggunaan untuk guru dan ibu bapa.

  • Rekod pencapaian murid.

  • Skema jawapan disediakan.

  • Cetakan hitam putih yang menjimatkan dakwat.

📖 KANDUNGAN MODUL

1. Bahasa Melayu (8 latihan)

  • Mengenal suku kata awal.

  • Membaca dan memadankan perkataan dengan gambar.

  • Melengkapkan perkataan.

  • Mengenal pasti perkataan yang betul berdasarkan gambar.

  • Membaca dan memahami ayat mudah.

  • Menyusun suku kata menjadi perkataan.

  • Mengenal pasti bilangan suku kata.

  • Melengkapkan ayat mudah.

2. Bahasa Inggeris (7 latihan)

  • Padanan perkataan dengan gambar.

  • Mengenal warna melalui frasa mudah.

  • Mengenal nombor dalam perkataan.

  • Mengenal kata sendi tempat (in, on, under).

  • Mengenal kata kerja (action words).

  • Mengenal perkataan berlawanan.

  • Melengkapkan huruf awal perkataan.

3. Matematik (8 latihan)

  • Membilang objek.

  • Operasi tambah.

  • Operasi tolak.

  • Membilang ke hadapan dan ke belakang.

  • Mengenal dan membilang bentuk.

  • Melengkapkan pola.

  • Membandingkan kuantiti.

  • Mengenal dan mengira nilai wang.

4. Sains (5 latihan)

  • Menyusun urutan perkembangan dan kejadian alam.

  • Mengenal fungsi anggota deria.

  • Membezakan benda hidup dan bukan hidup.

  • Mengenal konsep terapung dan tenggelam.

  • Mengenal habitat haiwan.

5. Fizikal & Kesejahteraan Diri (2 latihan)

  • Menyurih pelbagai jenis garisan untuk meningkatkan kemahiran motor halus.

  • Mengenal pasti makanan sihat.

6. Sosioemosi (2 latihan)

  • Mengenal dan mengekspresikan emosi berdasarkan situasi.

  • Membezakan perbuatan baik dan tidak baik.

7. Nilai & Kewarganegaraan (2 latihan)

  • Mengenal perayaan masyarakat di Malaysia.

  • Mengenal dan mewarnakan Jalur Gemilang.

8. Kreativiti & Estetika (2 latihan)

  • Mewarna gambar mengikut kod nombor.

  • Mengenal penghasilan warna baharu melalui campuran warna.

📊 REKOD PENCAPAIAN MURID

Modul ini menyediakan jadual rekod pencapaian mengikut komponen pembelajaran untuk membantu guru dan ibu bapa memantau perkembangan penguasaan murid secara sistematik.

Panduan tahap penguasaan berdasarkan pemarkahan modul:

⭐⭐⭐ TP 3 – Menguasai (80% ke atas)

⭐⭐ TP 2 – Sedang Menguasai (50%–79%)

⭐ TP 1 – Perlu Bimbingan (Bawah 50%)

Panduan pemarkahan ini membantu mengenal pasti kekuatan murid serta kemahiran yang masih memerlukan bimbingan dan latihan tambahan.

🎯 SESUAI UNTUK

  • Guru prasekolah dan tadika.

  • Ibu bapa yang menjalankan pembelajaran di rumah.

  • Aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

  • Latihan ulang kaji dan penguasaan kemahiran.

  • Pentaksiran murid secara tidak formal.

  • Persediaan awal murid sebelum melangkah ke Tahun 1.

📥 MAKLUMAT PRODUK

  • Format: PDF (Digital Download)

  • Saiz: A4 / Booklet

  • Bilangan halaman: 40 halaman

  • Bilangan latihan: 36 latihan

  • Jumlah markah: 189 markah

  • Jenis cetakan: Hitam putih

  • Tahap: Pertengahan

  • Set: 3

  • Kurikulum: Kurikulum Prasekolah 2026

📌 NOTA PENTING

Produk ini merupakan bahan digital dalam format PDF. Tiada penghantaran buku fizikal. Fail boleh dimuat turun selepas pembelian berjaya dan dicetak untuk kegunaan pembelajaran.

💖 Little Skorlah Hub™

Butiran Bahan

Jenis
Modul Pembelajaran
Tahap
Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2
Subjek
Test Paper
Format
PDF
Bilangan halaman
40 halaman
Bahasa
Bahasa Melayu

Ulasan pembeli

Belum ada ulasan yang diluluskan.

Bahan Berkaitan

Prasekolah Poster 9 dimuat turun

Perancangan Mingguan Guru Prasekolah

Percuma