Panduan
Panduan Little Skorlah Hub
Cara membeli, menebus kod baucar, memuat turun bahan dan mendaftar akaun — diterangkan langkah demi langkah dalam bahasa yang mudah difahami.
Pilih panduan di bawah. Setiap satu ringkas, disertakan ilustrasi dan boleh dibaca dalam beberapa minit.
Panduan
Membeli
-
Cara Pembelian
Panduan untuk pembeli kali pertama — pilih bahan, semak troli, bayar dengan Online Banking (FPX) atau DuitNow QR, kemudian muat turun.
Baca panduan -
Tebus Kod Baucar
Kod baucar dimasukkan di halaman troli, bukan di halaman pembayaran. Panduan ini menerangkan langkahnya dan maksud setiap mesej ralat.
Baca panduan -
Kaedah Pembayaran
Kami menerima Online Banking (FPX) dan DuitNow QR melalui gateway pembayaran selamat kami. Panduan ini menerangkan kedua-duanya dan langkah yang boleh diambil jika pembayaran tidak berjaya.
Baca panduan
Muat turun
-
Cara Muat Turun
Pautan muat turun boleh dibuka semula pada bila-bila masa melalui halaman pesanan atau Akaun saya. Panduan ini menerangkan kedua-dua jalan dan cara menyelesaikan masalah muat turun.
Baca panduan -
Muat Turun Percuma
Bahan percuma diproses seperti pesanan biasa, tetapi tanpa langkah pembayaran. Ikut langkah ini untuk mendapatkan fail anda.
Baca panduan -
Pesanan Tidak Ditemui
Sudah membayar tetapi tiada e-mel atau pautan? Semak folder spam, buka semula halaman pesanan, atau gunakan e-mel yang sama untuk mencari pesanan dalam akaun.
Baca panduan -
Bahan Bonus dan Versi
Bahan bonus disertakan secara automatik dalam pesanan tertentu. Jika fail bahan dikemas kini, versi terdahulu masih boleh dimuat turun.
Baca panduan
Akaun
-
Kenapa Daftar Akaun
Membeli sebagai tetamu memang dibenarkan. Namun akaun menyimpan semua pesanan, muat turun dan bahan bonus di satu tempat, dan mudah diakses semula dari mana-mana peranti.
Baca panduan -
Cara Daftar Akaun
Pendaftaran akaun mengambil masa kurang seminit. Langkah pentingnya ialah mengesahkan e-mel sebelum log masuk, kecuali apabila anda mendaftar dengan Google atau Facebook.
Baca panduan -
Akaun dan Keselamatan
Kata laluan boleh ditukar sendiri di Tetapan. E-mel akaun tidak boleh diubah sendiri, jadi hubungi kami jika perlu dikemas kini.
Baca panduan
Polisi
-
Lesen dan Hak Guna
Bahan untuk kegunaan peribadi dan bilik darjah anda sendiri. Anda boleh mencetak untuk murid, tetapi tidak boleh berkongsi fail atau menjual semula.
Baca panduan -
Terma Penggunaan
Ringkasan tentang apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dengan bahan yang anda beli. Ini bukan teks undang-undang yang mengikat.
Baca panduan